Melawat ke Kolej Komuniti Jelebu
Pada 23 Oktober 2019 kelas saya melawati ke Kolej Komuniti Jelebu. Tujuan saya melawat kolej ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan , menambah pengalaman dan meningkatkan kemahiran saya dalam bidang memasak. Inisiatif ini bagi menanam minat memasak dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan proses memasak yang bukan sahaja praktikal malah menyeronokkan. Kami belajar memasak dua jenis hidangan iaitu lasagna dan muffin. Kami dapat merasai sendiri keseronokan memasak disamping membina keyakinan diri serta memupuk kebolehupayaan menerusi tugasan memasak dan cabaran disediakan. Saya berterima kasih kepada guru-guru yang menganjurkan program tersebut.